Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SIDANG BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN MELABUHKAN TIRAI

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menghadiri dan menggulung Mesyuarat Kedua Sidang Belia Wilayah Persekutuan Penggal 2024 pagi tadi.

Sebanyak 16 usul merentasi 5 tema telah dibahas, dan setelah diperhalusi hanya 13 usul sahaja telah dipertimbangkan dan akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Secara ringkasnya, sebanyak 7 isu juga telah dibahas, antaranya merangkumi pelucutan keanggotaan rejim Zionis Israel dari PBB, meneruskan Sidang Belia Wilayah Persekutuan untuk tempoh dua tahun, serta memperkasa Labuan sebagai hab digital Borneo dan membangunkan sektor ekonomi biru Labuan melalui kerjasama dengan Sabah.

Sidang Belia Wilayah Persekutuan ini membuktikan bahawa ia bukan sahaja sebagai sebuah medan perbincangan, malah sebagai platform anak-anak muda untuk turut bersama berganding bahu dan bersatu hati dalam memperkasa peranan belia dalam pembangunan masyarakat serta kemajuan negara.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Sosio Ekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.