AKRAB BERKHIDMAT MEMBIMBING
08 November 2024
YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bagi merasmikan penutupan Seminar AKRAB Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi 2024 hari ini.
Dalam majlis penutupan ini turut menyaksikan pentauliahan ahli AKRAB baharu, penganugerahan kepada ahli AKRAB Proaktif dan ahli AKRAB Gemilang. Semoga terus komited membimbing
rakan-rakan sebagai ahli AKRAB JWP dan Agensi.
Turut hadir, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Dr. Amir Raslan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan YBrs. Encik Shamsul Joehari Zainal Mokhtar, Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) PPj.