Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TINJAUAN KETUA PENGARAH JWP KE KAMPUNG BELUKUT, KAMPUNG ANGKAT MADANI

YBhg Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah turun padang (TUPA) di sekitar Kampung Belukut pada hari ini bagi memastikan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf berjalan mengikut jadual.
Kampung Belukut, Labuan telah dipilih untuk Program Kampung Angkat MADANI bagi Jabatan Wilayah Persekutuan. Kerja-kerja naik taraf infrastruktur asas seperti balai raya, jalan kampung, lampu jalan, saliran dan kawasan tanah perkuburan Islam telah rancak dilaksanakan sejak Julai 2024.
Pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI merupakan harapan dan manifestasi Kerajaan agar segala kemudahan dan perkhidmatan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat melalui pendekatan Whole of Government.
Turut hadir, Encik Fadzilah Mahmud dan Encik Ibrahim Tambi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.