Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


RAJA PERMAISURI AGONG MENCEMAR DULI MELAWAT SHOWCASE USAHAWAN PROGRAM USAHA JAYA INSAN (PUJI) LABUAN

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Showcase Usahawan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) di Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Usahawan-usahawan yang terlibat dalam Showcase Usahawan PUJI Labuan hari ini merupakan barisan usahawan dari golongan miskin tegar yang telah diasah dan dibantu oleh pelbagai agensi kerajaan, NGO dan swasta bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

PUJI merupakan satu pendekatan inklusif secara whole-of-nation dalam menangani isu sosioekonomi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sekaligus memperkasa rakyat melalui penyediaan bantuan, program penjanaan pendapatan, keusahawanan, perlindungan sosial, pendidikan dan kesihatan bagi memartabatkan lagi kehidupan rakyat.

Turut mengiringi, YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan), YB Senator Tan Sri Anifah Aman, Pengerusi Perbadanan Labuan, YB Dato’ Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan dan YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

#MADANIRakyatLabuan #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #TaatSetia