Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


RAJA PERMAISURI AGONG KURNIA SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN DI LABUAN

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis pengurniaan sumbangan kepada komuniti Wilayah Persekutuan Labuan di Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan pagi tadi.

Majlis pengurniaan sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai itu melibatkan 378 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas serta anak-anak Darul Kifayah MAIWP Labuan. Anak-anak Darul Kifayah MAIWP Labuan turut menerima sumbangan barangan keperluan persekolahan.

Seri Paduka Baginda bertitah, “Sumbangan-sumbangan yang saya berikan pada hari ini adalah sumbangan peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong. 

“Kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu serba sedikit dalam meringankan beban yang ditanggung dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang berkenaan,” titah Seri Paduka Baginda.

Program kurniaan ini adalah yang keempat dianjurkan selepas tiga kali diadakan di WP Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda turut menyeru agar keindahan Pulau Labuan dapat terus dipelihara dan dijaga dengan baik. 

“Saya difahamkan terdapat pulau-pulau yang cantik di sekitar Labuan yang berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan selain destinasi penyelaman skuba. 

“Perkara ini boleh diterokai dengan lebih mendalam agar ia dapat memberikan faedah dan peluang kepada penduduk setempat untuk menambah pendapatan,” titah Seri Paduka Baginda.