Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JEJAK KASIH DI KARNIVAL MINI SANTUNI MADANI

YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sempat menjejak kasih dan bertemu dua mata dengan bekas ustazah beliau dalam Program Karnival Mini Santuni MADANI sempena 100 Tahun penubuhan Sekolah Kebangsaan Pedah, Jerantut, Pahang pagi ini.

Dalam program yang sama, YBhg. Dato' sempat beramah mesra bersama alumni-alumni SK Pedah dan warga Kampung Jerantut Feri yang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sejak pagi tadi di sekitar Pusat Kokurikulum, PPD Jerantut.

Semoga Program Santuni MADANI "Satu Kampung Satu Pemimpin" ini dapat membantu dari aspek penaiktarafan kampung dan menjadi platform penduduk kampung bersilaturrahim dalam aktiviti sosial untuk meningkatkan rasa sayang kepada kampung sendiri.