Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LAWATAN PENANDA ARASAN JWP KE KG DESA CINTA KOBUNI, INANAM SABAH

YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Tourism Malaysia (TM) Sabah telah membuat lawatan penanda arasan ke Kg Desa Cinta Kobuni (DCK) pada 19 Oktober 2024 (Sabtu).
DCK merupakan pengusaha pelancongan berasaskan komuniti yang menawarkan pelbagai pengalaman budaya, pengembaraan dan alam semula jadi. Antara program/produk seperti Homestay DCK, produk Eko-Kraf Citra Kasih dan Pakej Mansau Ansau.
JWP berkesempatan melawat reruai DCK di Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah di pekarangan Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu, Sabah.
Semoga komuniti di Labuan juga dapat menerapkan aktiviti dan program pelancongan sebegini untuk dijadikan community based tourism WP Labuan.