YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan turut bersimpati kepada seramai 5 orang mangsa terlibat dalam insiden kebakaran di PPR Seri Semarak pada 15 Oktober 2024 yang lalu dan telah turun melawat keluarga tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kelab Wanita Seri Semarak pagi ini.
YB Menteri menyampaikan sumbangan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada mangsa yang terjejas dan buat masa ini mereka disediakan tempat perlindungan di dewan berkenaan. Bantuan segera telah pun diberikan dari agensi seperti PDRM, JBPM, JKM dan APM serta semua mangsa telah didaftarkan dan menerima bantuan keperluan asas.
Semoga mangsa yang terlibat terus tabah dalam menghadapi dugaan ini dan dipermudahkan urusan seterusnya.
#DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #TaatSetia