Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


BENGKEL LATIHAN SISTEM MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN (MPPWP)

Seramai 165 orang ahli MPPWP Kuala Lumpur dari 11 Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menghadiri Bengkel Latihan Sistem Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur yang berlangsung dari 15 hingga 17 September 2024 bertempat di Whyndham Ion Majestic Hotel, Genting Highlands. Bengkel ini dilaksanakan bagi merealisasikan amanah YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam Mesyuarat MPPWP Peringkat Pusat Bil. 1/2024 yang lalu agar Sistem Pengurusan MPPWP dapat digunakan mulai bulan Oktober 2024.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli MPPWP KL berkaitan penggunaan Sistem Pengurusan MPPWP dan memudahkan ahli MPPWP mengemukakan pelaporan aktiviti serta pelaporan kewangan secara atas talian (online). Bengkel ini adalah anjuran Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB) DBKL dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JWP dan Bahagian Sosio Ekonomi (BSE) JWP.