YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ke Mesyuarat Khas Kepengerusian ASEAN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri semalam.
Mesyuarat ini diadakan untuk menyelaras perbincangan mengenai persiapan Malaysia dalam mempengerusikan ASEAN, di samping memastikan koordinasi rentas kementerian dilaksanakan dengan teratur.