Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


DAPUR DIGITAL JADI ‘MATA KAIL’ USAHAWAN PPR KL

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merasmikan Program Dapur Digital di PPR Wangsa Sari, Kuala Lumpur hari ini yang merupakan satu langkah besar untuk memperkasakan komuniti B40 khususnya golongan ibu tunggal dan golongan belia melalui inovasi ekonomi digital.
Inisiatif ini merangkumi transformasi lima (5) PPR termasuk PPR Wangsa Sari, PPR Intan Baiduri, PPR Kampung Limau, PPR Kerinchi dan PA Setapak Jaya 1A dan merupakan kerjasama strategik di antara Jabatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan Malaysia, Pepper Labs, Yayasan Hasanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan.
Semoga usahawan-usahawan PPR ini akan terus berkembang maju dan berjaya dalam perniagaan di dapur digital masing-masing.