Utama »
Program Terkini
» RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE PAMERAN HASIL PRODUK KRAFTANGAN KOMUNITI WP LABUAN
RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE PAMERAN HASIL PRODUK KRAFTANGAN KOMUNITI WP LABUAN
05 November 2024
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba ke Dewan Komuniti Sungai Lada bagi meninjau pameran hasil kraftangan penduduk tempatan.
Seri Paduka Baginda diiringi YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YB Senator Tan Sri Anifah Aman, Pengerusi Perbadanan Labuan.
Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa untuk berinteraksi bersama wakil masyarakat Kedayan yang merupakan majoriti di kawasan Labuan.