Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PETRONAS LABUAN DAN JWP SEDIA TEROKAI POTENSI KERJASAMA PELBAGAI ASPEK DEMI RAKYAT LABUAN

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan mengambil peluang lawatan kerja ke Labuan kali ini untuk bertemu pengurusan PETRONAS Labuan. PETRONAS adalah merupakan salah satu pemegang taruh terbesar di Labuan terutama dalam industri cari gali.

Dalam perbincangan sebentar tadi, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneroka potensi kerjasama dalam aspek pendidikan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti serta alam sekitar.

YB Menteri menjelaskan kebanyakan isu dan cabaran yang dimaklumkan oleh PETRONAS ini telah pun diselesaikan dalam tahun ini seperti isu elektrik, isu air dan kelengkapan fasiliti di Hospital Labuan. 

Perbincangan turut menyentuh potensi untuk meneroka peluang menarik pelaburan dalam industri pembuatan produk di Pulau Labuan ini dengan memanfaatkan keluaran gas metanol dari PETRONAS.

Selain itu, YB Menteri juga dimaklumkan bahawa loji janakuasa baru Petronas di Rancha-Rancha berkapasiti 120 Megawatt dijangka akan mula beroperasi suku pertama tahun 2028 dan akan memberi manfaat kepada rakyat Labuan.