Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT TIBA KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN BAGI LAWATAN DUA HARI BERTEMU RAKYAT

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Lapangan Terbang Labuan telah disambut YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Senator Tan Sri Anifah Aman, Pengerusi Perbadanan Labuan, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi.

Lawatan julung kali ke Labuan ini juga merupakan siri jelajah Seri Paduka Baginda bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan di Wilayah Persekutuan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan Sultan Ibrahim Johor.