YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana (Wilayah Persekutuan) menganjurkan majlis makan malam bersama 40 orang diaspora Malaysia melibatkan pelajar, penjawat awam dan wakil syarikat milik Malaysia di Shenzhen.
Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri mengambil peluang untuk menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin kukuh hasil daripada kestabilan politik yang wujud dalam negara kita. Kestabilan ini telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
Tambahan pula, baru-baru ini, YAB Perdana Menteri telah diiktiraf sebagai pemimpin Islam ke-15 paling berpengaruh di dunia. Ini satu pencapaian yang membanggakan buat negara.
YB Menteri turut berpeluang berkongsi peranan penting yang dimainkan oleh ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
Di penghujung majlis, YB Menteri menyeru diaspora Malaysia untuk memanfaatkan rangkaian global mereka demi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Bagi pelajar pula, YB Menteri nasihatkan agar mereka dapat pulang dan menyumbang kepada negara usai pengajian mereka.