SANTUNI MADANI KAMPUNG JERANTUT FERI
12 Oktober 2024
Warga Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya berkunjung ke Kampung Jerantut Feri, kampung kelahiran YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan hari ini bagi program Santuni MADANI.
Aktiviti pengindahan dan pembersihan termasuk penanaman pokok baharu jenis Penaga Lilin (Menua Ferrea) di Sekolah Kebangsaan Pedah dan aktiviti mengecat pagar serta pembaikan kecil di Masjid Jerantut Feri melibatkan
lebih 200 sukarelawan gabungan orang kampung dan sukarelawan dari Kelab Kebajikan dan Sukan JWP (KESWIP).
Sepakat Membawa Berkat! Ginilah semangat kerjasama JWP, PPj, Majlis Daerah Jerantut, Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut dan penduduk Kampung Jerantut Feri
Turut hadir, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah JWP (Perancangan dan Pembangunan); Puan Afrah binti Ahmad Robangi, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut; dan En. Jamalrudin bin Samsudin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut.