Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


TEROKA INOVASI TEKNOLOGI DAN KELESTARIAN DIGITAL DI ALIBABA

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengunjungi ibu pejabat Alibaba, sebuah syarikat yang diasaskan pada tahun 1999. Alibaba telah menjadi pemangkin pertumbuhan e-dagang, terutamanya selepas menyesuaikan diri dengan cabaran sewaktu wabak SARS pada tahun 2003 melalui penggunaan internet bagi menjalankan perniagaan. Kini, dengan inovasi berterusan seperti platform Xianyu yang memacu pengurangan pelepasan karbon sekitar 6.594 juta tan metrik pada tahun fiskal 2024, Alibaba terus menerajui teknologi dan kelestarian digital.
Dalam perbincangan, delegasi turut meninjau pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) mereka, termasuk Alibaba’s Rural Ambassadors Program yang bertujuan meningkatkan literasi digital di kawasan luar bandar, satu peluang kerjasama yang menarik untuk Jabatan Wilayah Persekutuan. Selain itu, penerapan Alibaba Cloud dalam perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap juga membuka ruang untuk kemajuan transformasi digital yang lebih besar.
Insya-Allah, hubungan ini dapat membawa manfaat kepada usaha dalam mempertingkatkan inovasi dan kecekapan di Wilayah Persekutuan.