SUMBANGAN RM641,000.00 BAGI PEMERKASAAN PROGRAM PEMBANGUNAN DALAM KOMUNITI WILAYAH PERSEKUTUAN
30 September 2024
Jabatan Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM641,000.00 melalui Program Pembangunan Komuniti kepada ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan sumbangan RM48,000.00 kepada PPDK Jalan Tenaga, WP Labuan hari ini.
Inisiatif ini bertujuan untuk pembaikan premis dan
pembelian peralatan serta keperluan asas untuk melancar dan memperkasakan program tersebut.
Program Pemulihan dalam Komuniti merupakan strategi pembangunan komuniti yang menekankan pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU. Dengan sokongan ini, anak-anak istimewa ini dapat menjalani pemulihan dalam suasana yang kondusif dengan kelengkapan yang selesa, selaras dengan teras Program Usaha Jaya Insan (PUJI) Wilayah Persekutuan iaitu Ihsan dan Infra.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Encik Simsudin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan YBrs. Tuan Haji Rithuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.