YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama 100 sukarelawan mencurah keringat dalam Program CSR Pembersihan dan Pengindahan Pulau Rusukan Besar Siri ke-3 dan terakhir pagi tadi.
Turut serta, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Tuan Haji Rithuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBrs. Dr. Amir Raslan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan agensi-agensi sahabat serta NGO.