Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PROGRAM LATIHAN eURBANLIFE NADI MADANI

Program Nadi MADANI ialah inisiatif di bawah Upaya@PUJI yang dilaksanakan melalui kolaborasi strategik bersama JWP, DBKL, ICU JPM, Yayasan Albukhary dan Usanita Sdn Bhd. 

Latihan eURBANLIFE ini dijalankan di International Youth Centre di Cheras. Seramai 55 peserta dari peringkat umur 16-52 tahun yang menetap di tujuh (7) PPR Sri Sabah, PPR Taman Mulia, PPR Sri Mahkota, PPR Sri Malaysia, PPR Sri Melaka dan PPR Sri Johor menjalani kursus sehari secara teori dan praktikal. 

Objektif utama adalah untuk membekalkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan praktikal yang diperlukan untuk memulakan dan mengurus perniagaan yang berdaya maju, seterusnya menjana pendapatan yang mampan. Melalui latihan ini, peserta akan dipersiapkan dengan asas pengurusan perniagaan, pembangunan produk, strategi pemasaran dan pengurusan kewangan yang mampu meningkatkan kebolehpasaran serta memberi mereka peluang untuk memperbaiki taraf hidup melalui sumber pendapatan yang lebih stabil dan lestari. 

Lebih menarik kursus “experience-sharing” turut diserikan dengan ikon usahawan iaitu Encik Zoey Rahman, pengasas produk Mika Series Cosmetics. Turut hadir, Encik Muhammad Jazlan bin Ahmad Kamarulzaman dan Encik Muhammad Aznur Syah bin Azman daripada Usanita Sdn Bhd. 

Semoga para peserta dapat memperolehi input dan pengetahuan untuk mengembangkan potensi diri dalam dunia perniagaan melalui program latihan ini.