YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan membuat tinjauan dan lawatan tapak bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk melihat permasalahan infrastruktur Kampung Padang Balang pagi ini.
Antara isu yang diadukan masyarakat Kampung Padang Balang adalah speedbump jalan raya, penyediaan lampu jalan, kabel elektrik yang tidak terurus, longkang dan perparitan dan lain-lain isu.
Agensi yang terlibat dalam lawatan tapak pada pagi ini antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad dan TM yang telah mengambil maklum isu-isu yang diketengahkan.