Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


MENYELARASKAN PEMBANGUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN KE ARAH RANCANGAN MALAYSIA KE-13

Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan (MTPWP) Bil. 2/2024 pada hari ini dipengerusikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bertujuan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek serta program pembangunan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

YB Menteri menekankan kepentingan sesi libat urus melibatkan pihak-pihak berkepentingan, terdiri daripada kumpulan pemikir awam, wakil sektor swasta dan rakyat terbanyak untuk memulakan gerak kerja menuju pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13, melalui penumpuan strategik terhadap aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan tatakelola agar limpahan manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di Wilayah Persekutuan.

Beberapa kertas dibentangkan dalam mesyuarat ini, termasuklah :

  • pelan mitigasi banjir di Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut;
  • penubuhan KL Strike Force Wilayah Persekutuan;
  • taklimat Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) oleh Lembaga Penduduk dan ​Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Semoga sinergi pandangan dan idea dalam mesyuarat ini akan diterjemahkan kepada tindakan yang segera dan tuntas dalam usaha mencapai visi Bandar CHASE di Wilayah Persekutuan.