Dalam memastikan pembangunan Wilayah Persekutuan berjalan dengan terurus dan mampan, pihak Jabatan Wilayah Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan projek-projek pembangunan di bawah seliaan agensi dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Selaras dengan hasrat tersebut, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan turun padang untuk memantau kemajuan semasa tiga (3) projek di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya seperti berikut:
1. Pembangunan Sistem Keselamatan Empangan (SKEP) di Presint 5.
2. Sistem Pemantauan Kualiti Alam Sekitar Bersepadu (IEMS).
3. Pelaksanaan Kerja Refitting (Kerja Korekan Kelodak dan Penanaman Semula Tumbuhan) di Sel Wetland Lowet East 1 dan 2, Presint 13.
Sepanjang lawatan tersebut, pihak pengurusan projek telah memberi taklimat mengenai status semasa projek di tapak, perancangan pada masa akan datang dan impak projek kepada komuniti/ golongan sasar.