Tahniah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur & Perbadanan Putrajaya atas kejayaan mencapai markah melebihi 90% (Significantly Exceed Target) bagi Kajian Penilaian Outcome yang dilaksanakan ke atas projek pembangunan masing-masing.
Kajian tersebut telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Outcome Tahun 2023 yang dianggotai oleh Agensi Pusat terdiri daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM.
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) disaksikan YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyampaikan surat penghargaan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Presiden Perbadanan Putrajaya dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi JWP pada pagi ini.
Syabas diucapkan kepada pasukan kajian DBKL & PPj.