Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


OPERASI BERSEPADU MENGAMBIL ORANG PAPA DI LOKASI HOTSPOT KUALA LUMPUR SIRI 3/2024

YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyertai operasi yang diadakan pada 12 September 2024 di sekitar hotspot Kuala Lumpur yang dikenal pasti bagi membendung kebanjiran golongan gelandangan demi meningkatkan imej eksklusif bandaraya Kuala Lumpur khususnya menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Operasi kolaborasi bersepadu ini disertai oleh Encik Mohd Sharif Bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi JWP, Encik Zulkifli bin Muhammad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL serta seramai lebih kurang 100 anggota daripada JWP, DBKL, PDRM, MKN, JIM, JPN, AADK, YKN & SWCorp.

Antara kawasan hotspot yang menjadi tumpuan operasi adalah di sekitar Chow Kit, Jalan TAR, sekitar Masjid Jamek, sekitar Menara Takaful Kampung Attap, Bangkok Bank dan lain-lain. Seramai 92 orang gelandangan telah diambil untuk pemeriksaan selanjutnya oleh pelbagai agensi yang berkaitan.