BENGKEL PENYEDIAAN OUTCOME JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2024
09 September 2024
Kajian outcome projek yang telah siap merupakan salah satu KPI Ketua Setiausaha atau Ketua Pengarah bagi setiap Kementerian/Jabatan. Kajian outcome merupakan salah satu kaedah untuk memupuk para pegawai dan penyelia projek di setiap agensi/jabatan bagi mengurus dan melaksanakan projek di bawah seliaan mereka secara teratur dan mapan dalam masa yang sama untuk memastikan projek tersebut mencapai sasaran utama
pelaksanaannya.
Selaras dengan sasaran tersebut, Bahagian Pengurusan Pembangunan JWP telah mengadakan satu Bengkel Penyediaan Kajian Outcome JWP 2024 bersama agensi dan projek yang terpilih pada 4-6 September 2024 yang lepas di Hotel Casuarina, Meru Perak. Pihak fasilitator dari ICU JPM telah dijemput bagi memberi tunjuk ajar dan membimbing setiap peserta dalam menyediakan hasil kajian yang mantap dan selari dengan objektif utama projek masing-masing.