YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), YBrs. Tuan Haji Rithuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) bersama seramai 100 sukarelawan dari JWP, PL, Yayasan Sukarelawan Siswa, Persatuan Penggiat Media WP Labuan, pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan mengorak langkah pembukaan siri pertama bagi misi pembersihan dan pengindahan Pulau Rusukan Besar, Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.
Misi ini yang diadakan sebanyak tiga siri akan melibatkan pelbagai pihak seperti saranan YAB Perdana Menteri untuk membangunkan WP Labuan dan meremajakan semula Pulau Rusukan Besar sebagai destinasi tumpuan para pelancong.