YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diiringi YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merasmikan Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani pagi ini.
Projek Suria MADANI ini adalah berkeluasan minimum yang selesa iaitu 800 kaki per segi dengan bawah harga pasaran, RM200,000.
Dalam ucapan YB Menteri, Program Residensi Wilayah ini sejajar dengan hasrat beliau untuk menjadikan bandar Wilayah Persekutuan sebagai C.H.A.S.E City yang merangkumi Clean, Healthy, Advanced, Safe dan Eco-Friendly.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan lembaga pengurusan Mah Sing Group.