YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengupas isu sebagai ahli panel Dialog Belanjawan 2025 bersama stakeholders Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.
Wadah pertemuan kali ini melibatkan kehadiran 203 orang dari pelbagai agensi Wilayah Persekutuan. Perbincangan termasuk isu-isu, komen dan pandangan seperti pembangunan komuniti, usahawan, belia dan lain-lain.
Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato' TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan YBhg. Datuk Zulkurnain Hassan, Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL.