400 ASNAF, OKU, WARGA EMAS DI KUALA LUMPUR TERIMA SUMBANGAN RAJA PERMAISURI AGONG
26 Ogos 2024
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mencemar duli untuk menyampaikan sumbangan kepada 400 penerima dalam kalangan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan golongan miskin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sumbangan bantuan wang tunai dan bakul makanan merupakan sumbangan peribadi Tuanku yang disalurkan melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. Ini
sebagai usaha membantu mengurangkan bebanan komuniti miskin khususnya komuniti yang tinggal di PPR dan Perumahan Awam DBKL di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Tuan P. Prabakaran, Ahli Parlimen Batu, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, YBhg Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBrs. Encik Hishamuddin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.