KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN NAIB JUARA DENGAN PENGUMPULAN PINGAT TERTINGGI, 212 PINGAT
25 Ogos 2024
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah merasmikan penutupan SUKMA XXI Sarawak semalam. YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan turut hadir di acara penutupan ini sebagai sokongan kepada Kontinjen Wilayah Persekutuan.
Pada temasya kali ini, Kontinjen Wilayah Persekutuan menamatkan saingan di tempat kedua di belakang tuan rumah,
Sarawak dengan perbezaan 1 pingat emas.
Kontinjen Wilayah Persekutuan mengumpul 75 pingat emas, 65 perak dan 72 gangsa sekaligus menjadikan kontinjen yang mengumpul pingat tertinggi dengan 212 pingat. Tahniah buat semua dan terima kasih di atas sokongan dan doa yang tidak berputus asa terhadap Kontinjen Wilayah Persekutuan.
Terima kasih Sarawak di atas penganjuran kali ini. Kita berjumpa lagi dua tahun di Selangor.