SANTUNI 15 KELUARGA BERSAMA RAKAN STRATEGIK JWP
21 Ogos 2024
Mobile Team Unit Kemiskinan, Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) bagi menyantuni Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIR MT) pada 19 dan 20 Ogos 2024 di sekitar Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Segambut, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Cheras dan Batu.
Rakan-rakan strategik JWP yang bersama-sama turun padang iaitu Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pusat Pungutan Zakat
(PPZ), Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP), Unit Tranformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP WP).
Seramai 15 keluarga telah dikenalpasti dan dikunjungi berdasarkan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional eKasih pada sesi SLU kali ini.