KOMITED KUKUHKAN LAGI INSIATIF PUJI@WP
13 Ogos 2024
YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Wilayah Persekutuan Bil 1 Tahun 2024 hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Menara Seri Wilayah.
Intipati mesyuarat meliputi pembentangan Pelaporan Status Bantuan Kewangan di bawah inisiatif Ihsan@PUJI, Pelaporan Status Pelaksanaan Program Pendayaupayaan di bawah inisiatif
Upaya@PUJI dan Pelaporan Status Program Perlindungan Sosial di bawah inisiatif Lindung@PUJI.
Semua rakan strategik JWP bersedia membantu bagi memperkukuh inisiatif PUJI@WP secara holistik dan inklusif bagi kesejahteraan rakyat Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Abdul Aziz bin Shahar, Penasihat Khas Yayasan Al-Bukhary, YBrs. Encik Kuhan Pathy, Pengasas Bersama Pepper Labs, Puan Gevitha Ananda Roe, Ketua Pegawai Eksekutif Peppers Lab Sdn. Bhd., YBhg. Prof Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Pengarah Usanita Sdn. Bhd., Puan Ivin Mercy a/p Jayabalan, Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), Kementerian Ekonomi (KE), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), PERKESO, Yayasan Sukarelawan Siswa serta pegawai-pegawai JWP dan agensi.