YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) serta YBhg. Datuk Ramlee Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP mengadakan lawatan ke Hospital Labuan untuk melihat sendiri pengendalian serta pengoperasian hospital tersebut.
Hospital Labuan yang beroperasi sejak tahun 1995 ini menempatkan 685 staf perubatan dan menyediakan 12 perkhidmatan kepakaran.
Hospital Labuan juga buat julung kalinya akan mempunyai Pusat Farmasi Steril tersendiri yang akan menghasilkan ubat kemoterapi dan TPN secara lokal yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 15 Ogos 2024 nanti.
Turut menghadiri taklimat yang diketuai oleh Pengarah Hospital Labuan, Dr. Adnan Musa Balidran berkenaan latar belakang serta modus operandi hospital.