Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


BUKAN TRAK JE YANG SAMPAI, DATANG SEKALI PAKEJ ‘ONLINE’ UNTUK ORANG LABUAN 😍

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) melancarkan program MyGrocer@Wilayah di WP Labuan pagi ini di Bukit Kallam.

Warga Labuan juga diperkenalkan dengan portal online MyGrocer@Wilayah yang akan lebih memudahkan, cepat dan pantas. Melalui pesanan di portal online ini, barangan akan dihantar terus oleh WAKEEL MyGrocer@Wilayah ke rumah ✨

Dalam majlis yang sama, YB Menteri sempat menjengah suasana meriah di Tamu Budaya yang menghimpunkan 26 usahawan WP Labuan yang menjual pelbagai jenis produk termasuk barangan kraftangan dan artisan. 

Program yang melibatkan persembahan kebudayaan ini mencerminkan kekayaan dan kepelbagaian budaya masyarakat di Pulau Labuan. Perbadanan Labuan akan menaik taraf kemudahan infrastruktur di sini bagi membolehkan penganjuran Tamu Budaya ini menjadi aktiviti tetap di Kampung Bukit Kallam. Semoga dengan penganjuran program sebegini juga dapat merancakkan sektor pelancongan domestik serta menjadi platform untuk para usahawan kecil memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai di WP Labuan.