YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Panglima Anifah Aman, Pengerusi Perbadanan Labuan dan YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan hadir ke Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 bersama pemegang taruh di WP Labuan semalam.
Sesi ini diadakan bagi mendapatkan input inisiatif belanjawan tahun 2025 serta mendapatkan cadangan, pandangan dan idea pemegang-pemegang taruh bagi membantu ekonomi di WP Labuan.