Warga kota yang menjamu selera di Medan Selera Tanglin tengahari ini teruja dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang mesra menyapa adik abang dan kakak di meja makan.
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri PMg Sr Haji Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur mengiringi YAB Perdana Menteri bagi meninjau hasil kerja penaiktarafan Medan Selera Tanglin di bawah inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur.