Sesi lawatan tapak telah diadakan hari ini ke beberapa PPR yang terlibat yang diketuai oleh Unit Kemiskinan, Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Puan Gevitha Ananda Roe, Ketua Pegawai Eksekutif Peppers Lab Sdn Bhd bagi melihat kemajuan kerja penyediaan dapur awan atau cloud kitchen oleh pihak Pepper Labs Sdn Bhd.
Cloud Kitchen merupakan program kerjasama antara JWP dan Pepper Labs Sdn Bhd dalam menyediakan latihan dan kemudahan fasiliti kepada ketua isi rumah / ahli isi rumah miskin tegar yang terpilih untuk membangunkan kemahiran diri dan menjana pendapatan melalui penyediaan makanan secara berpusat di beberapa PPR terpilih serta penjualan melalui aplikasi dalam talian.
𝗣𝗣𝗥 𝗞𝗴. 𝗟𝗶𝗺𝗮𝘂
Kerja-kerja pengubahsuaian masih dilaksanakan termasuk bagi kerja-kerja elektrikal, mengecat dan memasang jubin lantai.
𝗣𝗣𝗥 𝗞𝗲𝗿𝗶𝗻𝗰𝗵𝗶
Kerja-kerja pengubahsuaian telah selesai dilaksanakan manakala proses mengecat dan memasang jubin masih dalam tindakan. Pemasangan peralatan memasak akan dilakukan selepas fasiliti siap sepenuhnya.
𝗣𝗣𝗥 𝗪𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗦𝗮𝗿𝗶
Sebanyak 90% kerja pengubahsuaian telah selesai dilaksanakan termasuk pemasangan bekalan elektrik. Kerja-kerja pemasangan lantai epoxy dan pemasangan peralatan memasak dijangka akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.