YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), diiringi oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP, turut serta bersama warga JWP merewang dan memasak bagi Acara Memasak KESWIP.
Suasana di atrium riuh rendah sungguh dengan semangat peserta-peserta yang bertungkus-lumus menyiapkan hidangan yang ditetapkan.
Tahniah buat kumpulan Hunter kerana berjaya memasak hidangan paling sedap! Tahniah juga buat semua yang terlibat dalam acara kali ini!