YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah melancarkan 10 Garis Panduan Perancangan (GPP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 bagi memastikan setiap langkah perancangan dan pelaksanaan pembangunan dipantau dengan lebih efektif, selain menilai tahap keberkesanan sesuatu polisi dan strategi yang dilaksanakan serta mempromosikan penambahbaikan yang berterusan.
Kesemua 10 Garis Panduan yang telah dirangka ini merupakan hasil daripada kajian terperinci dan konsultasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan, selain memastikan amalan tata kelola yang baik sentiasa dipraktikkan di DBKL.