Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


DRAF RANCANGAN STRUKTUR LABUAN 2024 DIPERSETUJUI DAN DITERIMA

Buat kali pertama dalam sejarah, Draf Rancangan Struktur Labuan 2040 (RSL2040) telah dipersetujui dan diterima melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Perancang Wilayah Labuan (JEPWPL) Kali Ke-4 Bil. 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) semalam.
RSL2040 merupakan dokumen perancangan statutori yang strategik bagi memandu hala tuju pembangunan fizikal Wilayah Persekutuan Labuan sehingga tahun 2040. Setelah dimuktamadkan, Draf RSL2040 ini akan diangkat ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) untuk mendapatkan arahan dan nasihat sebelum diwartakan.
YB Menteri menegaskan RSL2040 mampu memperkukuhkan kedudukan WP Labuan sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa yang utama di rantau ini. Penglibatan secara langsung WP Labuan dalam Rangka Pembangunan Borneo dan Wilayah BIMP-EAGA perlu dipertingkatkan bagi memastikan kepentingan WP Labuan diambilkira dalam perancangan pembangunan serantau.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman @ Haniff Amman, Pengerusi Perbadanan Labuan, Encik Simsuddin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tuan Hj Rithuan Hj Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Encik Ibrahim Tambi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Encik Nik Mohamed Din Nik Musa, Ketua Pengarah Labuan Financial Services Authority, Encik Japar Esteban, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Sdn. Bhd, Encik Hiffani Mohd Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Methanol Sdn. Bhd, pegawai JWP serta wakil kementerian / jabatan dan agensi WP Labuan.