Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


PELANCARAN PROGRAM MICRO-CREDENTIAL CLOUD KITCHEN TECHNOLOGY

Program Micro-Credential Teknologi Dapur Digital “Cloud Kitchen Technology” merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pihak UNITAR dan Pepper Labs dibawah inisiatif Upaya@PUJI di Wilayah Persekutuan. Program ini menyediakan latihan jangka masa pendek kepada peserta program Cloud Kitchen bagi membangunkan keupayaan (capacity building) mereka sebelum mengikuti program tersebut di lokasi-lokasi yang telah ditentukan.
YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai merasmikan Majlis Pelancaran Program Micro-Credential Teknologi Dapur Digital “Cloud Kitchen Technology” yang diadakan di Kampus Utama UNITAR, Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Turut hadir, Puan Siti Kamariah Ahmad Subki (Pengarah Urusan Yayasan Hasanah), Ir. Ts. Kuhanesapathy Thavaras Pathy (Pengasas Pepper Labs Sdn Bhd), YB Prabakaran a/l M. Parameswaran (Ahli Parlimen Batu), pegawai JWP dan wakil peserta cloud kitchen daripada PPR Kerinchi dan PPR Kg. Limau.