YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Peringkat Pusat Bil. 1/2024 hari ini bertempat di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.
Intipati mesyuarat meliputi Pembentangan Pelaporan Program dan Kewangan MPPWP yang berpandukan lima (5) teras selari dengan kerangka hala tuju JWP di bawah visi C.H.A.S.E melalui inisiatif PUJI@WP dan SEJAHTERA@WP.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Haji Nik Shukri bin Nik Soh, Naib Presiden (Perkhidmatan Bandar) Perbadanan Putrajaya, YBrs. Encik Ibrahim bin Tambi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan serta pegawai-pegawai JWP, DBKL, PPj dan PL.