Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN (JWP) BILANGAN 2 TAHUN 2024

YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Bilangan 2 Tahun 2024 yang diadakan di Bilik Zheng He, Hotel Hatten, Melaka.

Mesyuarat MBJ merupakan forum perbincangan di antara pihak pegawai dan pihak pekerja. Selain menyelesaikan isu-isu berbangkit, ahli-ahli MBJ turut berperanan menyumbang idea-idea inovasi berkaitan tadbir urus jabatan bagi memastikan peningkatan prestasi dan produktiviti yang berterusan dalam kalangan warga JWP.