Sempat juga YAB Perdana Menteri berseloroh kepada salah seorang penjaja di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz setelah meneliti barisan lauk-pauk yang menyelerakan di gerai beliau.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diiringi YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) meluangkan masa berkunjung ke medan selera yang terletak di Kampong Bharu tersebut untuk meninjau gerai-gerai penjaja ini yang telah dinaik taraf dibawah inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur.
Kerja-kerja penaiktarafan boleh dilihat dari pengindahan medan selera ini yang lebih cantik, penambahan kemudahan seperti tempat membasuh tangan dan lain-lain lagi yang boleh memberikan lebih keselesaan kepada pengunjung.
Turut hadir, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Haji Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai kanan JWP dan agensi.