Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


MANTAPKAN LAGI PELAKSANAAN PUJI@WP

YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Pelaksanaan Program Jaminan Kesihatan Makanan (PJKM) dan Penyenaraian Makanan Sediaan Di Rumah (home-based food) Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai salah satu usaha memperkemas inisiatif Program Usaha Jaya Insan di Wilayah Persekutuan (PUJI@WP) pada 24 Julai 2024 (Rabu). 

Delegasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai oleh Ts. Mahamad Sukor Bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri.

Libat urus ini yang turut dihadiri pelbagai rakan strategik JWP seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Veterina, Universiti Malaya, Yayasan Sukarelawan Siswa dan pihak operator MyGrocer@Wilayah adalah bagi memperkasa dan membimbing usahawan untuk mematuhi Prosedur Pensijilan PJKM dan Penyenaraian Makanan Sediaan Di Rumah (home-based food) seperti yang disyaratkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

#WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI