TONJOL SHOWCASE PUJI@WP UNTUK LAWATAN KERJA DELEGASI CHINA
23 Julai 2024
Dalam usaha mempertingkat usaha pembasmian kemiskinan di Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan mengetuai pegawai-pegawai JWP dan Agensi dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) bagi Program Lawatan Kerja Delegasi China pagi ini.
Antara inisiatif PUJI semasa
lawatan:
Upaya@PUJI - Latihan Pendayaupayaan oleh
Yayasan Sukarelawan Siswa
- Program IPR (iBMT) dan Program
Pendayaupayaan JWP, MAIWP
dan UPM di Medan Selera Plaza
393
Ihsan@PUJI - Trak MyGrocer@Wilayah yang
merupakan pasar bergerak
dengan jualan barang lebih murah
dari pasar-pasar awam
Ilmu@PUJI - Penyediaan bas sekolah percuma
MySchoolBus@Wilayah untuk
anak-anak perumahan awam B40
Lindung@PUJI - Residensi Wilayah, rumah
mampu milik di bawah harga
pasaran
Delegasi China mengakhiri lawatan kerja mereka hari ini dengan kunjungan ke Menara 118 bagi menyaksikan pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari ketinggian menara yang tersergam megah tersebut.