Kibaran bendera Wilayah Persekutuan megah dijulang YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan disaksikan YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan Ke SUKMA XXI Sarawak dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pagi ini.
Dalam majlis yang sama, YB Menteri sempat menitipkan semangat dan kata-kata motivasi kepada atlet-atlet Wilayah Persekutuan yang akan berjuang nanti.
Doa kami mengiringi jaguh-jaguh terpilih yang mewakili kontinjen Wilayah Persekutuan, GO WIPERS!!