Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


MESYUARAT TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT BERSAMA MRT CORP

YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah, Pengurusan dan Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan telah mempengerusikan satu Mesyuarat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bersama Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi menyokong inisiatif Program Usaha Jaya Insan di Wilayah Persekutuan (PUJI@WP) yang telah diadakan pada 4 Julai 2024 (Khamis).

Hasil mesyuarat ini memastikan sinergi multi-sektoral bersama MRT Corp dapat menyokong pelaksanaan inisiatif PUJI@WP dan seterusnya menaikkan taraf sosio-ekonomi rakyat. Manakala, Program Pemerkasaan Ekonomi (EEP) yang dilaksanakan oleh MRT Corp dapat memberi impak positif kepada segmen pembangunan dan pertumbuhan PKS, tenaga kerja tempatan serta rantaian bekalan tempatan.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Yusof Kasiron, Pengarah Projek MRT 3 dan Puan Azura Adnan, Pengurus Besar MRT.

#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI