Utama »
Galeri Foto 2024
» TINJAUAN KE PPAM DI BANDAR SRI PERMAISURI
TINJAUAN KE PPAM DI BANDAR SRI PERMAISURI
03 Julai 2024
Jabatan Wilayah Persekutuan diwakili oleh YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) dan pegawai-pegawai JWP hari ini telah dijemput oleh Unit PPAM, Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk meninjau projek PPAM di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur yang bakal diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat. Lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kesesuaian tapak sebelum majlis peluncuran sekaligus memastikan perjalanan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Projek PPAM Bandar Sri Permaisuri melibatkan 3 projek iaitu Projek Pixel Permaisuri, Projek Nikka City Sentral dan Projek Amansuri. Konsep pembangunan ini merupakan pembangunan bercampur dan melibatkan sebanyak 843 unit PPAM secara keseluruhan.